Thursday, July 29, 2010

ROSMAH OH ROSMAH


Banyak orang bercakap pasal ROSMAH. Banyak orang bercerita mengapa dan kenapa wajah wajah ROSMAH sepastinya setiap hari muncul di dada dada akhbar. Mengapa wajah ROSMAH kerap kali keluar dikaca TV dengan ucapan ucapan seperti seorang Menteri.

Banyak orang muskil mengapa ROSMAH begitu menonjol dan apa motifnya penonjolan ini. Mengapa ROSMAH bertindak begitu, apa untungnya pada diri dia , apa untungnya pada rakyat dan apa untungnya pada Najib.
Banyak orang bertanya mengapa ROSMAH berbuat begitu. Banyak orang tertanya tanya adakah ROSMAH sedar apa yang dia lakukan itu, apakah dia sedar kesan kesan yang telah dan akan berlaku.
Mengapa ROSMAH nekad dan khusyuk dengan apa yang dia buat. Banyak orang bertanya siapakah penasihat ROSMAH. Atas dasar apakah mereka menasihati ROSMAH. Banyak orang muskil siapakah yang mempunyai cukup kekuatan untuk menasihati ROSMAH.

Banyak orang berkata mengapa ROSMAH tidak menjadi pengikut yang baik kepada Siti Hasmah atau paling lekehnya JANE isteri PLAH. Mengapa ROSMAH bertindak begitu. Mengapa perlunya ROSMAH membuat satu precedent yang bertentang arus.
Banyak orang berkata mengapa PM tidak mampu berkata kata kepada ROSMAH. Bukankah perlakuan ini akan memalapkan cahaya PM.

please lah..tolong lah ROSMAH....








Friday, January 22, 2010

SUPPORT LETTERS

'CONDONE SUPPORT LETTERS AND POSSIBLE ALLOW CORRUPTION TO FESTER'..say anti -graft
Mereka mencadangkan 'surat rekomen' terutama dari Menteri kita berkaitan dengan tender projek atau supply atau apa apa yang sewaktu dengannya dihentikan kerana ianya berwajahkan rasuah.
'Surat rekomen ' ini bukan terbang melayang free saja, orang tengah selalunya yang ada kepentingan politik akan mengejaskan pertemuan dengan Pak Menteri untuk mendapatkan surat keramat tersebut. Ada chargenya bro..paling kurang pergi karoke nyanyi bertemankan para para GRO yang bergetah..tak bergetah tak main laa.

'Surat rekomen' ini yang selalunya bertulis tangan Pak Menteri seperti ' usahakan sehingga kontraktor ini berjaya' atau ' saya tiada apa apa halangan dan menyokong penuh Syarikat ini' kadang kadang untuk menyedapkan hati pihak yang berjumpa dia saja. Pak Menteri pun ada code tersendiri yang hanya diketahui oleh Setiausaha sulit atau KSU. Mereka tengok samada code itu boleh bagi atau masuk tong sampah saja. Pak Menteri pun dah ada orang dia...'surat rekomen' tu saja nak ambik hati saja laa.
Jadi, hapus atau terus hidup 'support letter' ini tidak memberikan sebarang implikasi dan makna..inilah Malaysia tercinta..