Tuesday, November 3, 2009

POLITIK TAHAP KRONIK !

Kalau kita mengambil beberapa minit dengan membiarkan pemikiran kita menjelajah persekitaran politik di Negeri Tanah Melayu tercinta ini, maka dapat kita membuat satu rumusan bahawa tahap berpolitik orang kita sudah mencapai tahap kronik !

Falsafah 'tindakan menghalalkan cara' telah meresapi semua parti politik dan inilah yang merupakan penyebab utama tahap politik telah mencecah tahap kronik.

Apa yang awang dapat rasa dan lihat, persoalan dan kepentingan parti sudah menjadi second agenda. Agenda utama ialah agenda peribadi dimana seseorang yang berpolitik walau apa cara sekali pun hanya mahukan kemenangan bagi pihak dirinya. Ianya berlaku dalam UMNO, PAS dan parti parti lain.

Natijahnya, parti rosak dan yang hanya berpuashati ialah ahli politik itu sendiri. Jadi awang harap ahli politik mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan mengambilkira kepentingan parti yang diwakilinya. Kesian pada penyokong setia yang masih berpegang dan berkiblatkan pada PERJUANGAN sedangkan pemimpin mereka telah tergelincir dari landasan.