Saturday, October 24, 2009

APA NAK JADI DI SELANGOR


Korum : aku, Din Toge, Li Pacak, mamak Tongkang, Man Misai
Lokasi : Sg Buloh
Jam : 925 malam
Tajuk gebang : Nursery & politik semasa

Dua hari lepas aku pi Sg Buloh tengok pokok pokok yang sesuai untuk kebun aku. Singgah di rumah kawan dan bergebang tajuk diatas. Li Pacak memang duduk di Sg Buloh meniaga nursery. Mamak Tongkang cucuk dia..macamana politik Selangor laa ni ? Li Pacak pebetui tempat duduk sambil dok pintal rokok daun dengan temakau jawa yang aku beli di Guar Cempedak tadi masa nak mai KL. 'Aku menyesal pi pangkah Pakatan Rakyat ..tobat dah..hang tau laa ni Selangor diperintah oleh DAP, Khalid dok turut saja apa arahan DAP.. aku kesian dekat Hasan Ali..dok kena jual sekupang dua dengan puak ni. Din Toge mencelah..'awat hang kata lagu tu' ?..muskil aku. Li Pacak berhujjah..'laa ni kalau hang pi bangunan SUK...macam pi Pekan Cina Aloq Staq..puak depa belambak..tak rasa macam negeri kita dah. .hala balik hang boleh jumpa kedai massage belambak..depa bubuh pompuan dari Cina..bukan urut kaki saja..boleh 'tibai' sekali..kita macam pelacur laa..dulu masa BN perintah tak laa banyak macam laa ni. Li Pacak sambung hujah dia...laa ni kalau nak dapat projek kena pi lalu orang depa jugak..sahih dah nak kena hulur..lepas tu aku dok tengok orang yang sama jugak dok dapat..tapi depa cerdik pakai banyak lesen.

Man Misai pun tambah lagi...'aku dok ingat apa yang berlaku masa BN perintah dulu tak laa jadi masa PR perintah..rupa rupanya sama saja..malah lebih teruk..pasai komisyen depa mintak tinggi lagi.. mai pilihanraya sekali lagi..tobat aku kalih balik pi BN punya..tetap..'

Li Pacak yang dok senyap tadi tiba tiba tanya aku..' woi mana dia ayaq daun ketom hang kata nak bawak mai ?'..aku jawab kat dia..tak praya pasai orang tua yang dok rebus daun ketom minggu lepas kena rush dengan polis..habih tong tong dengan periuk kena angkut..'.

Man Misai meneruskan hujah dia..'aku bukan marah sangat dekat BN, cuma marah dan merajuk meluat tengok KJ dangan PLAH...lingkup habih negara depa jaga..depa ingat rakyat bodo ka pa ? pilihanraya lepas kalau bubuh parti apapun cap ikan sardin pun boleh menang punya..janji bukan BN !..yang Pemuda pun bengong dok pi pilih KJ mangkuk tu buat apa ?...

Aku tengok Man Misai marah semacam saja..maliah nak cucuk dia lagi. Man Misai meneruskan hujah dia lagi..' laa ni aku dapat rasa mood rakyat dah mula ok...aku ingat pilihanraya nak mai ni..sahih boleh balik kat BN...laa ni baru depa sedar..PR bukan baguih pun..semang saja lebih.'

Li Pacak tambah..' aku dok nampak Khir Toyo ni pun masalah...yang dia pi buat bungalow celah bukit tu buat apa..rumah punyalah besaq...gila betoi..dalam keadaan laa ni..hang low profile lah sikit..ini pi buat rumah tak padan dengan pendapatan dia..rumah besaq dari rumah TUN M...gilaaa. Kalau dia pi beli bungalow kat Bukit Jelutong pun orang tak marah pasai itu kawasan perumahan rakyat ..dalam rumah dia nak pi bubuh pili air emas pun orang tak nampak...mengong..jadi kalau UMNO nak berubah orang macam Khir Toyo ni pun patut dihalau dari UMNO saja...itu baru betoi..

Kesimpulan dari bergebang dengan orang Selangor, mereka yakin next election..BN kan kembali memerintah..




Thursday, October 22, 2009

KITAB TUA 100 TAHUN







SAYA diserahkan orang seseorang sebuah kitab lama yang berusia lebih dari 100 tahun. Saya cuba cuba baca dan ada yang faham dan ada yang tidak faham sebab bahasa lama.
Saya tengok isinya hebat dan jarang jarang kita dengar tentang ayat ayat dan kaedah amalannya. Jesteru, barang siapa yang boleh membaca dan memahami bahasa lama, saya persila untuk kita sama sama menerokai dan menggali isi kandungannya.






Sunday, October 18, 2009

Majlis sambutan hari raya



Hari sabtu malam ahad 17 Oktober 2009, kami mengadakan majlis makan makan hari raya. Terima kasih pada semua yang telah menyumbang. Kami menjemput adik adik dari sekolah tahfiz untuk memeriahkan suasana. Lagu tema hari raya diputarkan mengbangkitkan suasana meyambut hari raya. Menu BBQ kambing, ayam, nasi goreng dan banyak lagi laa..memang meriah.

Tuesday, October 13, 2009

SERIUSLAH SIKIT BILA BERBAHAS




'Kita pakat pakat tengok perbahasan UMNO esok, nak jadi kok mana tahun ni..sebelum ni macam tengok program raja lawak Astro saja..mampuihhh'.

Itu ayat Lan Kodiang kawan aku. Dok pikiaq dan tenung balik, memang ada kebenaran kata kata kawan tadi. Dari ucapan perwakilan (pi mai pi mai orang tu jugak) hingga pengerusi semua dok cuba nak buat lawak. Ini perhimpunan untuk menentukan dasar sebuah negara dan masa depan parti pun depa boleh buat lawak.
Apa kata pengerusi tahun ni perjelaskan awai awai lagi tentang tujuan dan pentingnya berhujah dengan bernas, lebih serius dan fokus terhadap isu pada perwakilan. Pasai apa, rakyat, terutama budak budak muda yang cerdik,depa akan buat analisa lepas tu pakat pakat berbahas sesama depa tentang kualiti dan tahap kecerdikan dan keseriusan pemimpin UMNO.
Kita harap esok para perwakilan datang bersidang dengan penuh keazaman dan semangat yang tinggi demi masa depan parti. Jangan dok merayap malam malam dok pi karoke pulak,lepas tu masuk persidangan, mulut dok nga nga saja...

Berubah lah....
p/s : rasa macam nak sepak KJ..dok kenyeh atas pentas.








Thursday, October 8, 2009

SEPETANG DIBAGAN PINANG N9

'Jom pi PD, kita pi tengok perangai orang nak pilihanraya',. ajak kawan aku Z. OK, kami pun pi laa satu keta 4 orang. Sampai pun dah nak magrib. Checked in Hotel Tiara Beach 2 bilik, semalam 2 ratus lebih. Tengok keta penuh dari plat Kelantan, Perak, Johor, Wilayah belambak.


Lepas magrib, kami pun melilau jengok semua markas UMNO, PAIH, KEADILAN ,DAP..semua laa. Kami singgah

RAKYAT INDONESIA BANGANG


Dok tengah minum kopi di kedai mamak, tiba tiba member aku komplin ' bengong betoi orang indon ni, kita pi tolong depa pun besar rahmat dah..ni pakat dok baling batu kat kapalterbang kita...celaka sungguh depa noo'.
Membar aku dok belek the star pasal laporan kapal kita dibaling batu ketika mendarat di Padang Indonesia kawasan gempa bumi. Awang pun rasa pelik jugalah, dalam keadaan darurat macam tu pun depa dok pikiaq pasal politik lagi.

Orang kita yakni orang melayu di sini memang jauhhh berbeza dengan orang indon. Kita penuh lemah lembut dan dok 'takpa' sedia sedia. Orang kita ni lemah sungguh. Mental kita tak kuat macam bangsa lain kat dunia ni...tu dia..member aku dok merepek sambil dok pepak kacang.

Awang setuju benar dengan kawan kita tadi. Dalilnya, negara kita ni dulu Tanah Melayu, laa ni dah jadi Malysia, lepas tu dah jadi 1 Malaysia lah pulak. Lama lama tinggai 'celepa' orang melayu kat malaysia ni.

Nak buat gena, ada orang melayu yang dok berjuang dengan bangsa lain untuk menegakkan 'KESAMARATAAN'..

Awang dok terkenang anak cucu nanti nak jadi apa...jadi kuli laa ...bangsat dinegara sendiri.






Tuesday, October 6, 2009

OTAK MELAYU LAMA

Minggu lepas awang pergi ke satu stesyen minyak di Aloq Staq untuk jumpa tauke dia. Tauke dia perempuan dan berumur lebih kurang 55 tahun. Tujuan awang pergi untuk sembang sembang mencari maklumat berkaitan stesyen tersebut.

Awang dah pun terpilih menjadi operator stesyen minyak setelah lima kali interview. Lepas tu pi kursus selama sebulan kt KL sana. Laa ni masuk dalam waiting pool. Tauke minyak sekarang ni nak serah balik stesyen pada syarikat minyak pasai dah tak tahan dok kena bayaq cash dua tiga puluh ribu hari hari...dia naik pening. Jadi awang pi la tengok kot kot boleh take over stesyen tu.

Awang dok semang dengan dia, baru tanya satu soalan dia dah jawab beribu ribu jawapan siap dengan aksi sekali, marah sungguh dia pada syarikat minyak tu, pasai minyak dalam tangki tak sempat nak kering depa mai bubuh dah. Lepas tu kena lah bayar..ribu ribu. Tu dia sedaq sedaq dah pukui lima petang dari pukui 2 petang. Dia dok cakap sorang saja..awang dok hanguk saja.

Awang dok perati stesyen tu memang ada potensi untuk maju, tapi tauke sekarang ni langsung tak buat apa -apa..tak dak marketing minded langsung. Cara staff service pun tak dak, customer masuk isi minyak depa buat tak tau saja..no eye contact..no bagi salam..banyak lagi laa kelemahan yang boleh diperbaiki.

Awang muskil macamana melayu nak meniaga kalau dok fikir yang negatif saja. yang salah semua orang yang betoi dia sorang saja..mampuih..



Awang balik buat analisa bibit bibit perkataan dan ayat dari kak tauke tadi. Awang dapat buat kesimpulan betapa ramai lagi melayu yang berfikiran negatif dan malaih nak pikiaq banyak. Depa selesa dengan apa yang ada laa ni dan takut nak keluar dari kepompong. Tapi tak semua melayu perangai macam tu kot.

Awang dok muhasabah balik pasai apa ada melayu yang berfikiran cara lama bila nak meniaga. Akaun kewangan hancur, human management hancur, tak dak meeting, tak dak action plan, tak dan motivasi pada diri dan pekerja...macamana syarikat nak maju.

Awang rasa awang bertuah dapat kerja dalam syarikat besar, paling kurang kita dapat belajar macamana nak urus syarikat, pekerja dengan teratur dan ada standard.

Awang rasa sapa sapa yang nak mula meniaga, elok pi kerja dulu ataupun pi attend kursus, kalau tidak hancuss.


Friday, October 2, 2009

Menjenguk Anak Anak Yatim



















  1. Aku sekeluarga bersama kawan kawan mengisi setengah hari pada hujung minggu menjenguk anak anak yatim yang dijaga oleh seorang ustaz. Bertolak pagi jam 10 pagi dan tiba lebih kurang pukul 1045. Anak anak yatim sedang menunggu dengan senyuman.
Kami menghulurkan sedikit bantuan hasil kutipan kawan kawan. Hati rasa puas dapat berbakti pada mereka.