Thursday, July 29, 2010

ROSMAH OH ROSMAH


Banyak orang bercakap pasal ROSMAH. Banyak orang bercerita mengapa dan kenapa wajah wajah ROSMAH sepastinya setiap hari muncul di dada dada akhbar. Mengapa wajah ROSMAH kerap kali keluar dikaca TV dengan ucapan ucapan seperti seorang Menteri.

Banyak orang muskil mengapa ROSMAH begitu menonjol dan apa motifnya penonjolan ini. Mengapa ROSMAH bertindak begitu, apa untungnya pada diri dia , apa untungnya pada rakyat dan apa untungnya pada Najib.
Banyak orang bertanya mengapa ROSMAH berbuat begitu. Banyak orang tertanya tanya adakah ROSMAH sedar apa yang dia lakukan itu, apakah dia sedar kesan kesan yang telah dan akan berlaku.
Mengapa ROSMAH nekad dan khusyuk dengan apa yang dia buat. Banyak orang bertanya siapakah penasihat ROSMAH. Atas dasar apakah mereka menasihati ROSMAH. Banyak orang muskil siapakah yang mempunyai cukup kekuatan untuk menasihati ROSMAH.

Banyak orang berkata mengapa ROSMAH tidak menjadi pengikut yang baik kepada Siti Hasmah atau paling lekehnya JANE isteri PLAH. Mengapa ROSMAH bertindak begitu. Mengapa perlunya ROSMAH membuat satu precedent yang bertentang arus.
Banyak orang berkata mengapa PM tidak mampu berkata kata kepada ROSMAH. Bukankah perlakuan ini akan memalapkan cahaya PM.

please lah..tolong lah ROSMAH....








Friday, January 22, 2010

SUPPORT LETTERS

'CONDONE SUPPORT LETTERS AND POSSIBLE ALLOW CORRUPTION TO FESTER'..say anti -graft
Mereka mencadangkan 'surat rekomen' terutama dari Menteri kita berkaitan dengan tender projek atau supply atau apa apa yang sewaktu dengannya dihentikan kerana ianya berwajahkan rasuah.
'Surat rekomen ' ini bukan terbang melayang free saja, orang tengah selalunya yang ada kepentingan politik akan mengejaskan pertemuan dengan Pak Menteri untuk mendapatkan surat keramat tersebut. Ada chargenya bro..paling kurang pergi karoke nyanyi bertemankan para para GRO yang bergetah..tak bergetah tak main laa.

'Surat rekomen' ini yang selalunya bertulis tangan Pak Menteri seperti ' usahakan sehingga kontraktor ini berjaya' atau ' saya tiada apa apa halangan dan menyokong penuh Syarikat ini' kadang kadang untuk menyedapkan hati pihak yang berjumpa dia saja. Pak Menteri pun ada code tersendiri yang hanya diketahui oleh Setiausaha sulit atau KSU. Mereka tengok samada code itu boleh bagi atau masuk tong sampah saja. Pak Menteri pun dah ada orang dia...'surat rekomen' tu saja nak ambik hati saja laa.
Jadi, hapus atau terus hidup 'support letter' ini tidak memberikan sebarang implikasi dan makna..inilah Malaysia tercinta..














Sunday, December 6, 2009

SENTIMEMEN MEMBENCI KJ SEMAKIN MENEBAL


SEHINGGA hari ini SENTIMEN membenci KJ masih menebal dan semakin menebal. Rata rata kawan kawan yang bercakap di mana mana masih menmbangkitkan persoalan diri KJ yang terlalu banyak melakukan dosa dan kemungkaran pada UMNO.


SEMANGAT SETIAKAWAN kalau direnung dan ditenung secara lahiriah atau makrifat lebih bersifat PERIBADI yakni perjuangan untuk diri KJ semata mata. Ianya tidak langsung membawa apa apa makna pada perjuangan parti bahkan akan melingkupkan UMNO keseluruhannya.


304 paria yang menjulang KJ pada pemilihan yang lalu sepatutnya dipancung atau diadili ditali gantung sahaja kerana mereka lah yang menggantung dan membunuh UMNO. Semua manusia bertamadun mengetahui bahawasanya kemenangan itu dilapikkan dengan wang rasuah yang jijik dan hina.


manusia yang bertamadun juga tidak rela diri, bangsa dan ugama mereka diletakan pada tangan mereka mereka yang kotor. Natijahnya, UMNO dilihat kotor walaupun hanya sebilangan mereka yang tidak bersih di dalam parti.


PERSOALAN KJ mesti ditangani dengan SEGERA agar nama UMNO dan PEMUDAnya dalam dipulihkan. Jika tidak, jawapan yang pasti yakni kalah dalam PRU 13 nanti. Masih ada masa untuk berubah.


KJ mesti gentlemen dalam soal ini...come on ..BERUNDURLAH..









Tuesday, November 3, 2009

POLITIK TAHAP KRONIK !

Kalau kita mengambil beberapa minit dengan membiarkan pemikiran kita menjelajah persekitaran politik di Negeri Tanah Melayu tercinta ini, maka dapat kita membuat satu rumusan bahawa tahap berpolitik orang kita sudah mencapai tahap kronik !

Falsafah 'tindakan menghalalkan cara' telah meresapi semua parti politik dan inilah yang merupakan penyebab utama tahap politik telah mencecah tahap kronik.

Apa yang awang dapat rasa dan lihat, persoalan dan kepentingan parti sudah menjadi second agenda. Agenda utama ialah agenda peribadi dimana seseorang yang berpolitik walau apa cara sekali pun hanya mahukan kemenangan bagi pihak dirinya. Ianya berlaku dalam UMNO, PAS dan parti parti lain.

Natijahnya, parti rosak dan yang hanya berpuashati ialah ahli politik itu sendiri. Jadi awang harap ahli politik mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan mengambilkira kepentingan parti yang diwakilinya. Kesian pada penyokong setia yang masih berpegang dan berkiblatkan pada PERJUANGAN sedangkan pemimpin mereka telah tergelincir dari landasan.

Saturday, October 24, 2009

APA NAK JADI DI SELANGOR


Korum : aku, Din Toge, Li Pacak, mamak Tongkang, Man Misai
Lokasi : Sg Buloh
Jam : 925 malam
Tajuk gebang : Nursery & politik semasa

Dua hari lepas aku pi Sg Buloh tengok pokok pokok yang sesuai untuk kebun aku. Singgah di rumah kawan dan bergebang tajuk diatas. Li Pacak memang duduk di Sg Buloh meniaga nursery. Mamak Tongkang cucuk dia..macamana politik Selangor laa ni ? Li Pacak pebetui tempat duduk sambil dok pintal rokok daun dengan temakau jawa yang aku beli di Guar Cempedak tadi masa nak mai KL. 'Aku menyesal pi pangkah Pakatan Rakyat ..tobat dah..hang tau laa ni Selangor diperintah oleh DAP, Khalid dok turut saja apa arahan DAP.. aku kesian dekat Hasan Ali..dok kena jual sekupang dua dengan puak ni. Din Toge mencelah..'awat hang kata lagu tu' ?..muskil aku. Li Pacak berhujjah..'laa ni kalau hang pi bangunan SUK...macam pi Pekan Cina Aloq Staq..puak depa belambak..tak rasa macam negeri kita dah. .hala balik hang boleh jumpa kedai massage belambak..depa bubuh pompuan dari Cina..bukan urut kaki saja..boleh 'tibai' sekali..kita macam pelacur laa..dulu masa BN perintah tak laa banyak macam laa ni. Li Pacak sambung hujah dia...laa ni kalau nak dapat projek kena pi lalu orang depa jugak..sahih dah nak kena hulur..lepas tu aku dok tengok orang yang sama jugak dok dapat..tapi depa cerdik pakai banyak lesen.

Man Misai pun tambah lagi...'aku dok ingat apa yang berlaku masa BN perintah dulu tak laa jadi masa PR perintah..rupa rupanya sama saja..malah lebih teruk..pasai komisyen depa mintak tinggi lagi.. mai pilihanraya sekali lagi..tobat aku kalih balik pi BN punya..tetap..'

Li Pacak yang dok senyap tadi tiba tiba tanya aku..' woi mana dia ayaq daun ketom hang kata nak bawak mai ?'..aku jawab kat dia..tak praya pasai orang tua yang dok rebus daun ketom minggu lepas kena rush dengan polis..habih tong tong dengan periuk kena angkut..'.

Man Misai meneruskan hujah dia..'aku bukan marah sangat dekat BN, cuma marah dan merajuk meluat tengok KJ dangan PLAH...lingkup habih negara depa jaga..depa ingat rakyat bodo ka pa ? pilihanraya lepas kalau bubuh parti apapun cap ikan sardin pun boleh menang punya..janji bukan BN !..yang Pemuda pun bengong dok pi pilih KJ mangkuk tu buat apa ?...

Aku tengok Man Misai marah semacam saja..maliah nak cucuk dia lagi. Man Misai meneruskan hujah dia lagi..' laa ni aku dapat rasa mood rakyat dah mula ok...aku ingat pilihanraya nak mai ni..sahih boleh balik kat BN...laa ni baru depa sedar..PR bukan baguih pun..semang saja lebih.'

Li Pacak tambah..' aku dok nampak Khir Toyo ni pun masalah...yang dia pi buat bungalow celah bukit tu buat apa..rumah punyalah besaq...gila betoi..dalam keadaan laa ni..hang low profile lah sikit..ini pi buat rumah tak padan dengan pendapatan dia..rumah besaq dari rumah TUN M...gilaaa. Kalau dia pi beli bungalow kat Bukit Jelutong pun orang tak marah pasai itu kawasan perumahan rakyat ..dalam rumah dia nak pi bubuh pili air emas pun orang tak nampak...mengong..jadi kalau UMNO nak berubah orang macam Khir Toyo ni pun patut dihalau dari UMNO saja...itu baru betoi..

Kesimpulan dari bergebang dengan orang Selangor, mereka yakin next election..BN kan kembali memerintah..




Thursday, October 22, 2009

KITAB TUA 100 TAHUN







SAYA diserahkan orang seseorang sebuah kitab lama yang berusia lebih dari 100 tahun. Saya cuba cuba baca dan ada yang faham dan ada yang tidak faham sebab bahasa lama.
Saya tengok isinya hebat dan jarang jarang kita dengar tentang ayat ayat dan kaedah amalannya. Jesteru, barang siapa yang boleh membaca dan memahami bahasa lama, saya persila untuk kita sama sama menerokai dan menggali isi kandungannya.






Sunday, October 18, 2009

Majlis sambutan hari raya



Hari sabtu malam ahad 17 Oktober 2009, kami mengadakan majlis makan makan hari raya. Terima kasih pada semua yang telah menyumbang. Kami menjemput adik adik dari sekolah tahfiz untuk memeriahkan suasana. Lagu tema hari raya diputarkan mengbangkitkan suasana meyambut hari raya. Menu BBQ kambing, ayam, nasi goreng dan banyak lagi laa..memang meriah.