Tuesday, October 13, 2009

SERIUSLAH SIKIT BILA BERBAHAS




'Kita pakat pakat tengok perbahasan UMNO esok, nak jadi kok mana tahun ni..sebelum ni macam tengok program raja lawak Astro saja..mampuihhh'.

Itu ayat Lan Kodiang kawan aku. Dok pikiaq dan tenung balik, memang ada kebenaran kata kata kawan tadi. Dari ucapan perwakilan (pi mai pi mai orang tu jugak) hingga pengerusi semua dok cuba nak buat lawak. Ini perhimpunan untuk menentukan dasar sebuah negara dan masa depan parti pun depa boleh buat lawak.
Apa kata pengerusi tahun ni perjelaskan awai awai lagi tentang tujuan dan pentingnya berhujah dengan bernas, lebih serius dan fokus terhadap isu pada perwakilan. Pasai apa, rakyat, terutama budak budak muda yang cerdik,depa akan buat analisa lepas tu pakat pakat berbahas sesama depa tentang kualiti dan tahap kecerdikan dan keseriusan pemimpin UMNO.
Kita harap esok para perwakilan datang bersidang dengan penuh keazaman dan semangat yang tinggi demi masa depan parti. Jangan dok merayap malam malam dok pi karoke pulak,lepas tu masuk persidangan, mulut dok nga nga saja...

Berubah lah....
p/s : rasa macam nak sepak KJ..dok kenyeh atas pentas.








No comments:

Post a Comment