Tuesday, October 6, 2009

OTAK MELAYU LAMA

Minggu lepas awang pergi ke satu stesyen minyak di Aloq Staq untuk jumpa tauke dia. Tauke dia perempuan dan berumur lebih kurang 55 tahun. Tujuan awang pergi untuk sembang sembang mencari maklumat berkaitan stesyen tersebut.

Awang dah pun terpilih menjadi operator stesyen minyak setelah lima kali interview. Lepas tu pi kursus selama sebulan kt KL sana. Laa ni masuk dalam waiting pool. Tauke minyak sekarang ni nak serah balik stesyen pada syarikat minyak pasai dah tak tahan dok kena bayaq cash dua tiga puluh ribu hari hari...dia naik pening. Jadi awang pi la tengok kot kot boleh take over stesyen tu.

Awang dok semang dengan dia, baru tanya satu soalan dia dah jawab beribu ribu jawapan siap dengan aksi sekali, marah sungguh dia pada syarikat minyak tu, pasai minyak dalam tangki tak sempat nak kering depa mai bubuh dah. Lepas tu kena lah bayar..ribu ribu. Tu dia sedaq sedaq dah pukui lima petang dari pukui 2 petang. Dia dok cakap sorang saja..awang dok hanguk saja.

Awang dok perati stesyen tu memang ada potensi untuk maju, tapi tauke sekarang ni langsung tak buat apa -apa..tak dak marketing minded langsung. Cara staff service pun tak dak, customer masuk isi minyak depa buat tak tau saja..no eye contact..no bagi salam..banyak lagi laa kelemahan yang boleh diperbaiki.

Awang muskil macamana melayu nak meniaga kalau dok fikir yang negatif saja. yang salah semua orang yang betoi dia sorang saja..mampuih..



Awang balik buat analisa bibit bibit perkataan dan ayat dari kak tauke tadi. Awang dapat buat kesimpulan betapa ramai lagi melayu yang berfikiran negatif dan malaih nak pikiaq banyak. Depa selesa dengan apa yang ada laa ni dan takut nak keluar dari kepompong. Tapi tak semua melayu perangai macam tu kot.

Awang dok muhasabah balik pasai apa ada melayu yang berfikiran cara lama bila nak meniaga. Akaun kewangan hancur, human management hancur, tak dak meeting, tak dak action plan, tak dan motivasi pada diri dan pekerja...macamana syarikat nak maju.

Awang rasa awang bertuah dapat kerja dalam syarikat besar, paling kurang kita dapat belajar macamana nak urus syarikat, pekerja dengan teratur dan ada standard.

Awang rasa sapa sapa yang nak mula meniaga, elok pi kerja dulu ataupun pi attend kursus, kalau tidak hancuss.


No comments:

Post a Comment